''...ALLAH tak akan menguji hambaNYA andai dia tak mampu untuk di uji,..kata kata ini aku pegang apabila aku nenghadapi sebarang dugaan dan ujian dariNYA,..semoga kata kata ini turut menjadi inspirasi kepada orang lain,..AMIN~...''

link link,..!shaya terjah,..!

hulubalang

nuffnag

Thursday, November 11, 2010

Hisap shisha lebih bahaya daripada rokok

2010/04/20 SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.

Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.

Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan.

Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri.
Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.

MOHD FIRDAUS MOHD ISA,
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shah Alam.



sumber:http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=480261&extra=page%3D1



12 comments:

MyMindandStyle said...

nice info...nasib i da benti isap shisha..hahaha

lynn said...

yeahh . shisha lbeh brok dri rokok but jgn plak amek rokok !

srikandi mie said...

senior;ahaha~sedap x,..?budak kecik 2 nak try boley,..?;p

srikandi mie said...

lynn;aku baru terpk macam tu,..ahahahaa~;))

MyMindandStyle said...

dun try...jangan sekali cube...tapi cube banyak kali...hahaha..klu xsayang nyawe...

weekk

srikandi mie said...

hahaha,..orang kata bia kita merasa,..;p

MyMindandStyle said...

mmg la orag kate...sbab bukan orang yang tgung akibat die... :)

jangn cube sesuatu yang kite pasti/tahu akibatnye 90% adalah ngtf...itu name die cari penyakit...hahaha

srikandi mie said...

hehe,..gurau saje,..tapi macam nak merasa sekali seumor hidup je,..;p sekaaaaaliiii je,...hehe~

MyMindandStyle said...

sekaaaaaaaa...due kali la...hahahaha..

yeah..cube la...xsalah mencube...klu x sampai bile manusie nak pandai kan klu xmencube..tapi jangan terlekat terus suda...hahaha

srikandi mie said...

takan terlekat teros kot,..sayang badan lah derr,..;)

MyMindandStyle said...

hahahaha....gud gud gud

srikandi mie said...

;D